Skip to main content

Syarahan Umum Perlantikan Profesor Bassim H. Hameed

Prof-Talk

Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia telah menganjurkan Syarahan Umum yang bertajuk Karbon teraktif-agro: Bahan berkos rendah, boleh diperbaharui dan lestari untuk persekitaran bersih yang disampaikan oleh Profesor Bassim H. Hameed pada 15 Jun 2011, di Auditorium Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Kejuruteraan USM. Syarahan Umum yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor USM, para akademik, staf-staf dan para pelajar serta keluarga terdekat Profesor bassim H. Hameed ini diadakan sempena Majlis Syarahan Umum Perlantikan Profesor beliau.

Artikel berkaitan : www.eng.usm.my