Staf Teknikal Bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang Dalam Kursus Bahan Buangan Terjadual
NIBONG TEBAL, 16 Ogos 2017 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK) hari ini menerima kunjungan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang bagi menyampaikan Kursus Pengurusan Bahan Buangan Terjadual untuk semua staf teknikal di PPKK.
Kursus ini dirasmikan oleh Prof. Madya Ir. Dr. Zainal Ahmad, Timbalan Dekan Akademik, Pelajar dan Alumni. Melalui ucapan perasmiannya beliau menyambut baik kedatangan pihak JAS ke PPKK.
“Kita di PPKK sentiasa menyambut baik usaha staf dalam meningkatkan ilmu pengetahuan bersama agensi-agensi luar yang sudi berkongsi ilmu dan kepakaran” kata Zainal.
Tiga orang penceramah JAS yang berpengalaman hadir iaitu En. Suffian bin Julmohamad (Penolong Pengarah, Unit Pendidikan), En. Pravin Segaran A/L Segaran (Penolong Pengarah, Unit Perlesenan) dan En. Muhd Shahrin bin Shuib (Penolong Jurutera, Unit Pendidikan).
Kursus ini bermula di Dewan Seminar Science Engineering Research Centre (SERC) pada sesi pagi yang menyentuh tentang perundangan dan teori manakala pada sesi petang diadakan lawatan lapangan di makmal dimana amalan-amalan sedia ada dinilai oleh Pegawai JAS.
Kursus berakhir dengan sesi ujian bertulis bagi menilai tahap pemahaman staf teknikal selepas kursus dijalankan.
Teks: Rosni Mohamad Yusof / Foto: Mohd Hisyam Adnan, Mohammad Faizal Abu Bakar